Wednesday 13 December 2023

Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape

 Tarikh   : 13 Disember 2023 (Rabu)

 Masa    : 8.50 pagi - 12.20 tengah hari

 Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape adalah satu usaha yang perlu dilaksanakan secara konsisten serta memberi impak yang bermakna kepada semua murid. Warga pendidik serta masyarakat perlu cakna dan sentiasa memperingatkan kesan buruk rokok dan vape kepada murid. Trend murid yang menjadikan tabiat menghisap vape sebagai satu kebiasaan dilihat semakin membimbangkan dan perlu dihentikan segera. KPM sentiasa komited dalam memastikan pembinaan karektor yang baik dalam diri anak-anak kita. Oleh itu, kempen ini diharapkan supaya anak-anak kita tidak hilang nilai karektor yang kita hasratkan dan hanyut dalam arus pemodenan yang akhirnya membawa implikasi buruk yang mampu menjejaskan kesihatan tubuh badan dan minda.

Selaras dengan itu, hari ini pelancaran serentak dibuat di seluruh negara dalam membasmi rokok & vape! 

Buku Program




Murid bersedia untuk menyaksikan pelancaran

Semua murid Tahun 4,5 dan 6 terlibat

Bacaan doa oleh Ustaz Mustafid

Pengacara Majlis Cik Roslinda dan Puan Nurliza

Penceramah Kempen Hidup Sihat Tanpa Rokok & Vape- Dr. Siti Hazwani Abidin (Ketua Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit) 

Sesi kuiz

Seronok dapat hadiah ya.....tahniah!


Penyampaian sijil dan cenderamata buat Dr.Siti Hazwani

Turut menerima cenderamata Puan Mashaniza binti Isa (Inspektor Kesihatan, PKD Sepang)

Bergambar kenangan sebelum pulang

Slide ceramah Dr.Siti Hazwani

Lagi bahan untuk rujukan


Selesai sahaja ceramah oleh Dr. Siti Hazwani, murid-murid Tahun 4 & 5 dihidangkan dengan tontonan video "Hidup Sihat, Cegah Rokok & Vape" manakala murid Tahun  6 rehat. Pada pukul 11.15 pagi program diteruskan lagi dengan Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape. Berikut gambar-gambar sepanjang pelancaran dibuat.

Nyanyian  lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor dipimpin oleh Puan Astina

Semua murid menyanyikan bersama-sama

Bacaan Ikrar Rukun Negara diketuai oleh En Mohd.Azarul

Barisan pentadbir bersama YDP PIBG SKTPP

Ucapan perasmian oleh Tuan Hj Megat Md Salleh bin Megat Arshad (YDP PIBG SKTPP)

Gimik perasmian, laungan benci vape dan rokok oleh Duta Sahsiah

Penyampaian cenderamata buat perasmi

Bergambar bersama dengan tagline benci DARVIHπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘Ž

Bergambar kenangan bersama sebahagian warga SKTPP

Alhamdulillah, selesai majlis pada hari ini. Semoga bermanfaat buat seluruh warga SKTPP. Terima kasih kepada  JK Pelaksana dan semua yang terlibat. 


SKTPP BENCI DARVIH