Sunday, 14 May 2017

Training Of Trainers (TOT) Skuad AADK

Pagi ini berkampung pula bersama rakan sejawat Pn Faridatul Aini bt Alias di Paya Indah Wetland, Dengkil. Pelbagai info baru berkaitan dengan peranan Skuad AADK yang juga sebelum ini dikenali sebagai Skuad 1Malaysia. Seramai 42 orang peserta telah menghadiri TOT pada hari ini yang terdiri daripada pelajar IKBN & MIAT serta belia daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. 

Kesan daripada TOT tersebut saya merasakan perlu ada pelapis belia yang akan membantu negara dalam membasmi najis dadah. Ini kerana dapatan statistik golongan yang tinggi peratusnya terjebak dengan najis dadah ini adalah remaja dan belia.

Sebagai belia, saya rasa terpanggil untuk menjadi salah seorang sukarelawan!! Anda bila lagi?? Jom sama-sama mendaftar sebagai sukarelawan Skuad AADK.


Overview AADK oleh Pn Farrah Fadiah bt Mohd Nasir (Ketua Pegawai AADK Sepang)

Pengenalan Skuad AADK oleh Pn Norlina, Pegawai Antidadah, Bahagian Pencegahan Daerah Sepang

Perkongsian pengalaman oleh AJK PEMADAM, En Aziz

Dapat hadiah....menang jawab soalan

Kami dah daftar...anda bila lagi?

Barisan peserta TOT Skuad AADK

Disediakan oleh,
Arzah Hussin


Saturday, 13 May 2017

PPDa @ Pertandingan Boling Hari Guru SKTPP

Sempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei 2017 nanti, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) telah menganjurkan Pertandingan Boling Hari Guru melibatkan guru, kakitangan serta ahli keluarga. Turut hadir memeriahkan program ialah YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar b. Mohammad Suffian yang telah memberikan persaingan kepada para peserta.
   Terima kasih diucapkan kepada para peserta yang telah memberikan sokongan dan kerjasama. Tahniah kepada AJK KKGK yang sangat komited. Setinggi-tinggi penghargaan buat para pemenang.
   Sebagaimana biasa, mesej Benci Dadah juga bergema di Arl Power Bowl, Alamanda semasa pertandingan tersebut.
"Selamat Hari Guru"
"Guru Pembina Negara Bangsa"
"Cemerlang Tanpa DARVIH"






Tuesday, 9 May 2017

Pelajar SMKPP Membuat Kerja Kursus Sejarah

Sebagai memenuhi syarat PT3, pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Putra Perdana telah datang ke sekolah bagi mencari bahan berkaitan PPDa untuk kertas kerja Sejarah mereka. Hari ini kumpulan ke-3 pelajar telah datang mengambil maklumat daripada Guru Besar dan Penyelaras PPDa; Pn. Nor Arzah. Semoga maklumat yang diperolehi dapat dihebahkan kepada warga SMKPP serta melayakkan mereka lulus dengan cemerlang bagi subjek Sejarah PT3 masing-masing.