Sunday, 14 May 2017

Training Of Trainers (TOT) Skuad AADK

Pagi ini berkampung pula bersama rakan sejawat Pn Faridatul Aini bt Alias di Paya Indah Wetland, Dengkil. Pelbagai info baru berkaitan dengan peranan Skuad AADK yang juga sebelum ini dikenali sebagai Skuad 1Malaysia. Seramai 42 orang peserta telah menghadiri TOT pada hari ini yang terdiri daripada pelajar IKBN & MIAT serta belia daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. 

Kesan daripada TOT tersebut saya merasakan perlu ada pelapis belia yang akan membantu negara dalam membasmi najis dadah. Ini kerana dapatan statistik golongan yang tinggi peratusnya terjebak dengan najis dadah ini adalah remaja dan belia.

Sebagai belia, saya rasa terpanggil untuk menjadi salah seorang sukarelawan!! Anda bila lagi?? Jom sama-sama mendaftar sebagai sukarelawan Skuad AADK.


Overview AADK oleh Pn Farrah Fadiah bt Mohd Nasir (Ketua Pegawai AADK Sepang)

Pengenalan Skuad AADK oleh Pn Norlina, Pegawai Antidadah, Bahagian Pencegahan Daerah Sepang

Perkongsian pengalaman oleh AJK PEMADAM, En Aziz

Dapat hadiah....menang jawab soalan

Kami dah daftar...anda bila lagi?

Barisan peserta TOT Skuad AADK

Disediakan oleh,
Arzah Hussin


Saturday, 13 May 2017

PPDa @ Pertandingan Boling Hari Guru SKTPP

Sempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei 2017 nanti, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) telah menganjurkan Pertandingan Boling Hari Guru melibatkan guru, kakitangan serta ahli keluarga. Turut hadir memeriahkan program ialah YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar b. Mohammad Suffian yang telah memberikan persaingan kepada para peserta.
   Terima kasih diucapkan kepada para peserta yang telah memberikan sokongan dan kerjasama. Tahniah kepada AJK KKGK yang sangat komited. Setinggi-tinggi penghargaan buat para pemenang.
   Sebagaimana biasa, mesej Benci Dadah juga bergema di Arl Power Bowl, Alamanda semasa pertandingan tersebut.
"Selamat Hari Guru"
"Guru Pembina Negara Bangsa"
"Cemerlang Tanpa DARVIH"






Tuesday, 9 May 2017

Pelajar SMKPP Membuat Kerja Kursus Sejarah

Sebagai memenuhi syarat PT3, pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Putra Perdana telah datang ke sekolah bagi mencari bahan berkaitan PPDa untuk kertas kerja Sejarah mereka. Hari ini kumpulan ke-3 pelajar telah datang mengambil maklumat daripada Guru Besar dan Penyelaras PPDa; Pn. Nor Arzah. Semoga maklumat yang diperolehi dapat dihebahkan kepada warga SMKPP serta melayakkan mereka lulus dengan cemerlang bagi subjek Sejarah PT3 masing-masing.




Wednesday, 26 April 2017

PPDa @ Perlawanan Persahabatan SKTPP vs SKTPP2

Sempena Hari Guru, SKTPP telah menganjurkan perlawanan persahabatan futsal dan bola jaring antara guru-guru SKTPP dan SKTPP2. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir dan guru-guru khususnya SKTPP2. Semoga ukhwah dan ikatan silaturrahim antara kedua-dua sekolah akan berterusan. Sama-samalah kita menjalankan tugas mendidik anak-anak bangsa dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi.
   Terima kasih juga buat guru-guru SKTPP2 yang turut sama membenci DARVIH...










Sunday, 23 April 2017

Signboard UPSR

Terima kasih diucapkan atas sumbangan signboard countdown bil. hari UPSR oleh :
En Rahmat / Pn Intan
Pn Salina / En Amin
Pn Rafidah / En Yus



Kami Benci Dadah

Coaching Participate Say No 2 Drugs

Coaching Course MCA (Malaysia Cricket Sssociation) cricket level 1 yang dihadiri oleh Cikgu Junaidi di Kinrara Oval pada 21 - 23 April 2017 telah mengajak rakan-rakan sekursusnya menyokong usaha SKTPP membenci dadah...

Peserta dari Vietnam - Michael
Peserta dari South Africa - John
Peserta dari Pakistan - Daif
Say No 2 Drugs!

Saturday, 22 April 2017

Pameran PPDa @ Program Guru Aktif 1Selangor

Program Guru Aktif 1 Selangor Bersama Masyarakat Sepang anjuran Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Sepang dengan kerjasama PPD Sepang telah diadakan di SMK Seri Sepang dengan jayanya. Banyak acara telah disusun antaranya; senamrobik, larian santai, sukaneka, pameran serta jualan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Shahlan bin Ismail, Pengarah Perancangan Strategik, Pejabat YAB Perdana Menteri, Putrajaya.
   SKTPP terlibat selaku AJK Pameran PPDa berkolaborasi dengan pihak AADK. Terima kasih banyak diucapkan buat pihak AADK atas bantuan dan kerjasama yang diberikan dengan menyediakan bahan pameran, tayangan video dan pegawai- pegawai yang bertugas. Pn. Guru Besar dibantu oleh Cikgu Arzah, Cikgu Juli dan Cikgu Norafiza SKTPP2. Turut sama bertugas ialah 3 orang pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK BBST yang bertindak membantu mengedarkan flyers dan menerangkan kepada para pelawat info tentang dadah dan PPDa.
   Sewaktu lawatan oleh YBhg. Dato' Shahlan ke tapak pameran, Tuan KPPD Tn. Hj. Khairi telah menguar-uarkan penglibatan dan kejayaan SKTPP dalam menyebarkan maklumat tentang dadah. Dato' Shahlan memuji usaha sekolah dalam memupuk semangat benci dadah serta rokok yang semakin membimbangkan dewasa ini. Semoga Pameran PPDa ini sedikit sebanyak dapat mendidik anak-anak muda yang hadir ke Program Guru Aktif ini agar menjauhi dadah serta DARVIH demi masa depan yang gemilang...

















Thursday, 20 April 2017

Niqa Juara Memanah Cemerlang Tanpa DARVIH

Alhamdulillah tahniah buat Niqa Abyana bt. Mohd. Zaimi yg telah merangkul 3 pingat dalam Kejohanan Memanah MSSD Sepang 2017 :
1. Pusingan kelayakan individu (qualification) bawah 12 tahun - Johan
2. Pusingan penyingkiran individu (Olympic Round) bawah 12 tahun - Naib Johan
3. Pusingan penyingkiran kumpulan (Olympic Round) bawah 12 tahun - Johan
#Niqabencidadah
#Niqacemerlangtanpadarvih


PPDa @ Perkhemahan Pengakap PPKI Daerah Sepang

Perkhemahan Pengakap PPKI sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Sepang telah diadakan di Banghuris Homestay, Sg. Pelek pada 19 dan 20.4.2017 dengan jayanya. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adzhar b. Alias; Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor.
   Tahniah buat para peserta dan guru yang terlibat sepanjang 2 hari 1 malam program tersebut. Terima kasih juga buat jurulatih Pengakap dan Pengakap Kelana yang banyak membantu. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif terhadap jati diri dan potensi anak-anak istimewa ini. Syabas buat PPD Sepang atas penganjuran program yang sangat baik ini. Semoga diteruskan lagi pada masa depan.
   Terima kasih buat semua peserta perkhemahan atas sokongan dan komitmen terhadap program PPDa SKTPP - Kami Benci Dadah!