Tuesday 16 November 2021

Penyerahan Sijil & Hadiah kepada Peserta PINTAR

Alhamdulillah, selesai pagi ini penyerahan sijil dan hadiah kepada peserta PINTAR. Majlis diserikan dengan kehadiran Pn Hjh Rohaidah dan Datin Noraizah sebagai penyampainya. Seramai 32 orang penerima sijil, 15 orang penerima hadiah murid aktif dan seorang penerima hadiah tempat kedua kuiz kahoot terlibat. Terima kasih sekali lagi kepada pihak AADK Daerah Sepang yang sentiasa memberi peluang kepada murid-murid SKTPP melibatkan diri dlm program-program AADK..

Pemenang daripada murid kumpulan A disampaikan 
oleh Pn Hjh Rohaidah pada 9 November 2021


















💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓
Pemenang daripada kumpulan B disampaikan oleh Datin Noraizah
 pada 16 November 2021









Tahniah untuk semua!!
Kita perangi DARVIH

Wednesday 13 October 2021

Lagi Hadiah Untuk Peserta Aktif Program PINTAR Dan Cenderamata Untuk Sekolah

Alhamdulillah...... ada lagi rezeki untuk anak-anak SKTPP. Pagi ini Guru Besar telah menerima 15 hadiah untuk peserta aktif dan cenderamata untuk sekolah. Terima kasih kepada pihak AADK Sepang kerana memilih SKTPP sebagai salah sebuah sekolah dalam program PINTAR ini. Pada hemat saya program ini sangatlah bagus dalam membina jati diri murid-murid. KEEP IT UP!!

Sesi beramah mesra dan berkongsi info tentang isu semasa

En Zainal (Ketua Unit Pencegahan) mengisi buku pelawat bukti kehadiran

Guru Besar menerima hadiah murid aktif dan cenderamata untuk sekolah dengan diiringi YDP PIBG

Kami BENCI DADAH👎👎👎

Hadiah untuk peserta aktif

Cenderamata untuk sekolah

Wednesday 6 October 2021

Sijil dan Hadiah Pemenang Program Pintar AADK

Guru Besar & PK HEM bersama Cikgu Juli menerima sijil-sijil Program Pintar dan hadiah pemenang kuiz kahoot daripada pihak AADK. Tahniah Kihara atas kejayaan! Terima kasih AADK. SKTPP Benci Dadah👎👎👎




Sijil-sijil penyertaan untuk murid-murid yang menyertai Program Pintar AADK yang lalu

Syabas Kihara!

Wednesday 2 June 2021

Family On Alert (FOA) 2021

Tahniah AADK Sepang di atas penganjuran program yang sangat hebat dari segi pengisiannya. Tidak berganjak cikgu-cikgu dari skrin komputer sehingga pukul 2 petang. Perkongsian yang menarik dan sangat awesome!



Tentatif Program FOA


Emcee oleh En Zainal


Ucapan perasmian oleh Puan Haslina bt Hashim (Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang)

Slot 1 : Pameran secara maya disampaikan oleh En Bobby Voo

Pameran dibuat secara live secara online. En Bobby mempamerkan barang -barang maujud berkaitan penyalahgunaan dadah (maaf gambar kurang jelas)

Slot 2 : Disampaikan oleh Puan Ratna Safura bt Kamal Shari (Pegawai Psikologi LPPKN Negeri Selangor). Penyampaian menarik dan sangat dekat di hati. 

Slot 3 :Disampaikan oleh En Norazman Bin Amat atau Cheman


Dari tajuk dan penyampaiannya memang rasa sayang untuk tinggalkan skrin.


Berehat sebentar dengan kuiz kahoot..Tahniah rakan seperjuangan Cikgu Tila. Juara untuk kuiz ini

Slot 4 : Penyampainya ialah Tuan Muhammad Basri bin Hj Basrawi ( Hakim Syarie Mahkamah Syarih Daerah Sepang). Banyak ilmu tentang kekeluargaan diterima sepanjang perkongsian dibuat.

Ucapan penutupan oleh Puan farah Ratuwati bt Ibrahim (Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah sepang)


Tahniah sekali lagi buat AADK Sepang. Jangan lupa jemput kami lagi..

Wednesday 28 April 2021

Mesej 5 Minit Dadah

 Jom refresh maklumat berkaitan DADAH melalui mesej 5 minit dadah.







Ke pasaraya membeli kain,

Kain dibuat kebaya nyonya,

Usah terpedaya senyuman heroin,

Indah sementara kecundang sudahnya.


Dalam hati resah gelisah,

Bimbang sekali dimarahi ibu,

Bertindak agresif, pemarah dan resah,

Itulah penangan ectacy dan syabu.