Saturday, 27 April 2019

Pameran SKTPP Sempena Sambutan Hari Guru Daerah Sepang 2019

Terima kasih buat PPD Sepang kerana telah memberi peluang kepada SKTPP untuk membuat pameran Pusat Sumber dan aktiviti sekolah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang di Kipmall, Kota Warisan. Justeru pihak sekolah mengetengahkan aktiviti dan pencapaian dalam bidang Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu), Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan sukan kriket.
   Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke booth kami melihat maklumat dan pencapaian murid-murid, guru-guru dan sekolah melalui bunting & flyers yang disediakan serta piala-piala yang kami perolehi. Semoga perkongsian tersebut dapat menyuntik semangat dan ilham buat rakan-rakan guru dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid serta menyebarkan kerja buat guru-guru di sekolah kepada masyarakat di luar sana..







Antara piala-piala PPDa yang dipamerkan



Menyusun bahan-bahan pameran Ujana Ilmu, kriket & PPDa




Bergambar kenangan bersama murid-murid PPKI yang akan membuat persembahan pentomen khas nanti


GB ditemuramah oleh wartawan Ujana Ilmu TV; Cikgu Malisha





Guru-guru bertugas menanti pengunjung

Murid-murid PPKI membuat raptai persembahan yang akan dipersembahkan nanti



Pn. Machitah dan Pn. Zalifah PPD merakam gambar


GB bersama bunting "Kenali SKTPP"


Pegawai-pegawai PPD Unit Kokurikulum singgah melihat bahan pameran kriket


Perasmi; Tuan Suresh a/l Arumugam melawat tapak pameran SKTPP dan berbicara dengan GPM; Pn. Arnny Yusnita dan murid PPKI; Irfan.

Wednesday, 17 April 2019

Perbincangan Modul Intervensi PPDa di KPM

Hari ini Guru Besar menghadiri Perbincangan Modul Intervensi PPDa di KPM. GB telah berkongsi pendapat dan pengalaman selaku pentadbir sekolah mengenai modul yang akan digunakan di sekolah seawal tahun depan. Tahniah kepada personalia utama dan para JU PPDa yang telah bertungkus lumus menyiapkan modul yang sangat lengkap & berguna ini. Semoga dapat membantu GBK mengurus murid-murid berisiko rendah dan tinggi dengan menggunakan "buku oren" itu nanti..













Wednesday, 10 April 2019

Lawatan Penanda Arasan PPDa Dari SK Subang

Pada hari ini, SK Taman Putra Perdana telah dikunjungi lagi oleh warga SK Subang untuk lawatan penanda arasan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Kali ini pelawat turut dihadiri ahli PIBG sekolah tersebut. Warga SKTPP mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas lawatan ini.

Atur Cara Majlis:
9.00 pagi
- Ketibaan PIBG dan guru-guru
- Bergerak ke Terminal Muafakat
- Jamuan ringan
- Ucapan aluan oleh pengerusi majlis (Puan Nor Arzah bt Hussin)
- Bacaan Doa (Ustaz Ahmad Zubair bin Hj Muhamad Taib)
- Ucapan Guru Besar SKTPP (Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali)
- Ucapan YDP PIBG SKTPP (Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian)
- Ucapan NYDP PIBG SK Subang (Tn Hj Masni bin Hj Mohd Dahlan)
- Tayangan Multimedia
- Penyampaian cenderamata
- Sesi menandatangani sijil jaringan
- Lawatan ke Ujana Ilmu
- Sesi fotografi di Dermaga Minda
- Lawatan ke Bilik Sumber PPDa
- Bersurai

Senarai nama warga SK Subang yang hadir:
1. Tn Hj Mesni bin Hj Mohd Dahlan (NYDP PIBG SK Subang)
2. Pn Rosimah bt Mohamad (PK HEM SK Subang)
3. Pn Rozita bt Taib (PK Petang SK Subang)
4. En Muhammad Tarmizi bin Suratman (Penyelaras PPDa SK Subang)
5. Pn Aiza bt Tajudin (Setiausaha PPDa SK Subang)
6. En Kamarudin bin Abd Rashid (GBKSM SK Subang)
7. Dato' Mejar Hj Karim bin Hj Kasnan (Guru SK Subang)
8. En Nasarudin bin Mohd Nor (Guru SK Subang)
9. Pn Marhaini bt Othman (Guru SK Subang)
10. En Rahimatullah bin Abdul Mutalib (Guru SK Subang)

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Lawatan Penanda Arasan dijalankan:

Selamat datang warga SK Subang
Jamuan khas buat tetamu

Ucapan aluan pengerusi majlis, Puan Nor Arzah bt Hussin
Ucapan Guru Besar SKTPP, Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali

Ucapan YDP PIBG SKTPP, Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Suffian
Ucapan NYDP PIBG SK Subang, Tn Hj Masni bin Hj Mohd Dahlan


Penyampaian cenderamata
Penyampaian cenderamata
Penyampaian cenderamata

Lawatan di Bilik Sumber PPDa SKTPP

Bergambar kenangan di Dermaga Minda SKTPP

Menulis nama di buku pelawat

Warga SKTPP dan warga SK Subang benci DARIH
Diharapkan para pelawat mendapat sedikit sebanyak idea & ilmu mengurus program PPDa & PIBG hasil perkongsian bersama ini.