Monday, 6 May 2019

Video Persembahan Sketsa IMFree di Sambutan Hari Tanpa Tembakau Kebangsaan

Jom tengok sebahagian persembahan sketsa IMFree murid-murid Tahun 2 SKTPP di Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau & Nafas Baru Bermula Ramadan Peringkat Kebangsaan di Bagan Lalang pada 3 Mei 2019 yang lalu. Majlis dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia; Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.. Tahniah pelakon-pelakon cilik dan guru-guru yang melatih..


Saturday, 4 May 2019

Persembahan Sketsa IMFree SKTPP @ Hari Tanpa Tembakau Peringkat Kebangsaan 2019

Hari ini murid-murid SKTPP telah dijemput membuat persembahan sketsa IMFree di Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau & Nafas Baru Bermula Ramadan Peringkat Kebangsaan sempena Karnival 3W peringkat Majlis Perbandaran Sepang di Bagan Lalang. Majlis anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Sepang ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia; Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
   Terima kasih buat KKM atas peluang & kepercayaan yang diberikan kepada kami. Tahniah aktor-aktor dan aktres cilik yang terdiri daripada murid-murid Tahun 2; Jibril, Harraz, Amsyar & Kihara yang sungguh berbakat. Lakonan airmata mantap kalian amat mengesankan dan menyentuh perasaan para hadirin termasuk YB Menteri. Tahniah buat Tuan Direktor; Ustaz Mohd. Hadri. Semoga mesej Benci Rokok yang kita perjuangkan bersama Benci DARVIH sejak sekian lama akan lebih bersemarak di bulan Ramadan yang Mulia ini...





Kami Benci Rokok

Selesai membuat persembahan

Terbaik anak-anak murid GB - tahniah!

 IMFree👌

Kami Benci DARVIH👎


Good👍





Ada pula maskot sama color - purple ni











Bergambar kenangan bersama VIP

Terima kasih KKM & MPS

Menghirup udara laut di Pantai Bagan Lalang setelah penat rehearsal semalam

Saturday, 27 April 2019

Pameran SKTPP Sempena Sambutan Hari Guru Daerah Sepang 2019

Terima kasih buat PPD Sepang kerana telah memberi peluang kepada SKTPP untuk membuat pameran Pusat Sumber dan aktiviti sekolah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang di Kipmall, Kota Warisan. Justeru pihak sekolah mengetengahkan aktiviti dan pencapaian dalam bidang Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu), Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan sukan kriket.
   Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke booth kami melihat maklumat dan pencapaian murid-murid, guru-guru dan sekolah melalui bunting & flyers yang disediakan serta piala-piala yang kami perolehi. Semoga perkongsian tersebut dapat menyuntik semangat dan ilham buat rakan-rakan guru dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid serta menyebarkan kerja buat guru-guru di sekolah kepada masyarakat di luar sana..







Antara piala-piala PPDa yang dipamerkan



Menyusun bahan-bahan pameran Ujana Ilmu, kriket & PPDa




Bergambar kenangan bersama murid-murid PPKI yang akan membuat persembahan pentomen khas nanti


GB ditemuramah oleh wartawan Ujana Ilmu TV; Cikgu Malisha





Guru-guru bertugas menanti pengunjung

Murid-murid PPKI membuat raptai persembahan yang akan dipersembahkan nanti



Pn. Machitah dan Pn. Zalifah PPD merakam gambar


GB bersama bunting "Kenali SKTPP"


Pegawai-pegawai PPD Unit Kokurikulum singgah melihat bahan pameran kriket


Perasmi; Tuan Suresh a/l Arumugam melawat tapak pameran SKTPP dan berbicara dengan GPM; Pn. Arnny Yusnita dan murid PPKI; Irfan.