Friday 2 March 2018

5 Minit Antidadah (Bil 1 & 2)

Aktiviti 5 Minit Antidadah Bil 1 & 2 telah dijalankan mengikut tarikh yang disediakan iaitu pada 01 Februari 2018 &  01 Mac 2018.

Maklumat seperti di bawah telah disampaikan oleh Sahabat PPDa mengikut jadual tugas yang disediakan.
Rayyan Hayy telah menyampaikan maklumat berkaitan ciri-ciri dadah


Manakala 5 Minit Antidadah bil 2 disampaikan oleh anis sofya


Ciri-ciri dadah 

1) Mempunyai kesan yang paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)

2) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya dalah dilarang

3) Diperoleh secara haram

4) Membawa kepada kebergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah

5) Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Kesan-kesan dadah

1) Dadah seperti Amfetamin merencatkan pengeluaran hormon norendepherine dan serotonin untuk menghasilkan kesan gembira semulajadi dan memerlukan dadah ini untuk rasa riang

2) Dadah juga merangsang otak dan minda dengan memberi kesan keriangan yang palsu seperti ketawa yang berlebihan

3) Dadah juga merangsang otak dan minda dengan memberi kesan di mana boleh mencetus keganasan

4) Pengambilan depresen menjadikan seseorang menjadi tidak aktif dan berada dalam keadaan tertekan dan sugul



No comments:

Post a Comment