Sunday, 17 December 2017

Majlis Penerimaan Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017

Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya keputusan Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017 yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga SK Taman Putra Perdana diumumkan pada hari ini (17.12.2017). SK Taman Putra Perdana telah berjaya menerima Anugerah 5 BINTANG dalam Penarafan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Kebangsaan 2017. Sebagai makluman, penilaiannya telah dilaksanakan pada 6 April 2017 yang lalu oleh para panel hakim. Terima kasih kami ucapkan.

Majlis Penerimaan Anugerah ini diadakan sekali dengan Kursus Anti Dadah dan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Ke-42 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Perngkat Kebangsaan ini telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah.

Atur Cara:

8.15 pagi:
Ketibaan Para Perwakilan / Pemerhati dan Jemputan Khas
8.30 pagi:
- Kursus Anti Dadah oleh YBhg. Dato'Abdul Halim bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan
- Sesi soal jawab
10.15 pagi:
Ketibaan YB. Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan
10.30 pagi:
- Ketibaan YAB Dato'Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah
- Bacaan Doa
- Lagu Negaraku, Lagu Negeri Wilayah Persekutuan & Lagu PEMADAM
- Ucapan Aluan oleh YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan
- Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Ke-42 oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah
- Penyampaian Penghargaan Kepada Aktivis PEMADAM
- Penyampaian Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan
- Penyampaian Cenderamata kepada YAB Dato' Seri  Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah
12.00 tengah hari:
Jamuan tengah hari bersama Perwakilan PEMADAM di Dewan Tun Razak 4.

Ucapan perasmian oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Penyampaian Anugerah 5 BINTANG kepada SK Taman Putra Perdana
(Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan)
Bergambar kenangan bersama sekolah yang berjaya menerima Snugerah 5 BINTANG
(SK Taman Putra Perdana, SK  Dato Maharaja Lela, SMK Bandar Utama dan
SMK Ideal Heights, Selangor)

Sijil dan plak yang diperolehi

Pn Rosmah bt Jamat, PK HEM SKTPP

Barisan Guru SKTPP bersama Pegawai Unit PPDa
 JPNS Benci DARVIH

Bergambar kenangan bersama Pegawai KPM, PEMADAM dan JPNS

Wakil guru SKTPP yang hadir


Kami Benci  DARVIH

Kami Benci DARVIH

Lagi laporan Majlis Penerimaan Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017 di sini.

No comments:

Post a Comment