Tuesday 5 April 2016

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 5 April 2016

Nama Sahabat PPDa
Maanic Hamarays a/l Marimuthu (5 Zuhal)

Farah Husna binti Jasmin (3 Tabla)

TAJUK : KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL


Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif yang akan mempengaruhi proses pertumbuhan dan pembangunan para remaja tersebut. Diantara kesan negatif tersebut adalah:
i.    Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran.
ii.   Remaja / pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah) dan ini akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.
iii.  Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah kenakalan / delinquency. Berkawan dengan pelajar yang bgermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain.
iv.  Tekanan ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan mendorong pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, saperti mencuri dan lain-lain.
v)   Semasa mabuk, mereka tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional sehingga terjerumus melakukan jenayah di luar rumah.
vi)  Ada pula yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup dan cuba menyelesaikan masalah dengan cara membunuh diri.




Maanic Hamarays a/l Marimuthu

Farah Husna binti Jasmin





No comments:

Post a Comment