Friday 15 April 2016

Kursus TOT Kem Pintar 2.0

Selama dua hari saya berkursus di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi iaitu pada 14 & 15 April 2016 (Khamis & Jumaat), banyak ilmu dan pengalaman telah saya perolehi. Kursus TOT ini dijalankan di seluruh negara yang melibatkan pegawai-pegawai AADK dan dua orang guru sekolah wakil setiap daerah.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Alias bin Ja'afar; Pengarah AADK Negeri Selangor. Dalam ucapan beliau mengharapkan Kem Pintar yang akan dijalankan di setiap daerah dapat membantu murid-murid sekolah yang berisiko.

Bergambar kenangan bersama Tuan Pengarah AADK Negeri Selangor dan peserta TOT Kem Pintar 2.0
                                                      Mesej Benci Dadah juga disebarkan

Bersama peserta  dalam menjalani modul yang disediakan

No comments:

Post a Comment