Sunday 20 March 2016

Program Melukis Mural Bersama Pelajar The One Academy (TOA)


Hasil perbincangan bersama Cik Fadzilah, Pensyarah di Kolej The aone Academy (TOA), Bandar Sunway seramai 50 orang pelajar daripada Art & Design Faculty ke SK Taman Putra Perdana untuk merealisasikan projek kemasyarakatan mereka. Projek ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 19 & 20 Mac 2016.

Tema yang dipilih adalah berkaitan dengan hidupan alam yang memang sinonim dengan kanak-kanak. Kata-kata DARVIH tidak dilupakan untuk diselit di setiap dinding tersebut untuk memberi peringatan kepada murid-murid apabila melihat mural itu.

Pada hari kedua, seramai 10 orang Sahabat PPDa terlibat dalam projek ini di mana mereka telah diagihkan kerja-kerja mengecat dan dipandu oleh seorang pelajar TOA yang juga merupakan mentor mereka semasa projek ini dijalankan.

Terima kasih kepada YM Tg Norsyawaludin b Tg Mamat (NYDP PIBG) yang menaja makanan pelajar-pelajar TOA selama 2 hari mereka di sini.

Final discussion bersama Cik Fadzilah, Pensyarah TOA
Hari pertama, projek bermula dengan mengecat wall
Benci DARVIH bersama Cik Fadzilah

Pengurus Sahabat PPDa Pn Norziani bersama-sama 10 orang Sahabat PPDa bersiap sedia menjalankan tugas


Sahabat PPDa bersama mentor masing-masing
YB Shahrom; ADUN Dengkil bersama-sama AADK Sepang dan penduduk Putra Perdana menjengah program melukis mural ini. YB Shahrom juga sempat mewarna lukisan tersebut

Sempat bergambar kenangan bersama pelajar TOA dengan trademark Benci DARVIH
Pelajar TOA menghabiskan sesi mewarna pada hari kedua

{Lagi laporan projek mural TOA dalam blog SKTPP di sini)

No comments:

Post a Comment