Tuesday 1 March 2016

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 1 Mac 2016

Nama Sahabat PPDa
Luqman Hakim bin Nor Azmi (4 Respiratori)

Muhammad Nur Amir Al-Hafiz bin Nor Azmi (3 Tabla)

TAJUK : FAKTOR-FAKTOR MENDORONG PENGAMBILAN ALKOHOL


Faktor-faktor yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan alkohol termasuk:

i. Mudah diperolehi :
Fenomena penjualan alkohol di berbagai kemudahan (outlet) saperti di kedai runcit, kedai kopi, pasar raya dan lain-lain lagi memudahkan kaum remaja memperolehi minuman beralkohol ini. Tambahan pula tiada undang-undang semasa yang melarang kaum remaja bukan Islam dari membeli minuman beralkohol.

ii Pengiklanan
Iklan minuman beralkohol sering didapati di surat khabar, majalah, pawagam, dan lain-lain media yang memaparkan keghairahan dan kecanggihan gaya hidup yang dikaitkan dengan pengambilan minuman beralkohol.

iii Pengaruh rakan sebaya
Kebanyakan masa keremajaan dihabiskan bersama rakan-rakan sebaya.Pergaulan yang bebas ini boleh mendorong kaum remaja untuk mencuba sesuatu dalam kumpulan seperti pengambilan alkohol, rokok, dadah, dan pelbagai tingkah laku devian, yang boleh memudaratkan mereka.

iv  Mencontohi ibu, bapa dan ahli keluarga
Sesetengah keluarga memberi teladan yang negatif terhadap remaja. Kemungkinan ibu bapa atau ahli keluarga menagih alkohol dan ini akan memberi kesan yang amat mendalam serta mempengaruhi remaja untuk mengamalkan tabiat ini.

v  Mencontohi Idola

Kebanyakan remaja mempunyai idola saperti penyanyi pop dan artis yang akan menjadi tauladan atau ikutan mereka. Jika sekiranya idola ini suka mengambil alkohol ia akan menjadi ikutan dan mendorong para remaja tersebut untuk mengambil alkohol.


Luqman Hakim bin Nor Azmi

Muhammad Nur Amir Al-Hafiz bin Nor Azmi




No comments:

Post a Comment