Monday 14 September 2015

Penyebaran Visi Dan Misi Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Oleh Pentadbir SK Taman Putra Perdana

Alhamdulillah, penyebaran Visi dan Misi PPDa KPM kepada warga SK Taman Putra Perdana telah dilaksanakan sendiri oleh pentadbir dalam Majlis Perhimpunan Mingguan sesi pagi dan petang pada 14 September 2015. Tujuannya adalah untuk mencapai matlamat PPDa yang ke-3 iaitu mengingatkan semua warga sekolah tentang visi dan misi PPDa.

Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar SKTPP) telah membaca dan menerangkan tentang visi dan misi PPDa semasa slot ucapan pentadbir dalam Majlis Perhimpunan Mingguan sesi pagi, manakala sesi petang pula dilaksanakan oleh Puan Rosmah bt Jamat (Penolong Kanan Petang SKTPP). PK Petang juga mengambil kesempatan membuat penyebaran visi dan misi PPDa di dalam kelas semasa relief.

Guru Besar membaca dan menerangkan visi dan misi PPDa KPM
Salah seorang murid diminta naik ke pentas untuk membaca visi dan misi PPDa
Latih tubi diberikan kepada murid-murid supaya dapat mengingat visi dan misi PPDa dengan lebih baik
Semua guru dan murid sesi pagi mendengar guru besar memberi penerangan visi dan misi PPDa

Pn. Rosmah bt Jamat membaca visi dan misi PPDa bersama murid

Semua murid sesi petang mendengar Pn Rosmah bt Jamat memberi penerangan visi dan misi PPDa
Penyebaran visi dan misi PPDa juga dilaksanakan di dalam kelas

No comments:

Post a Comment