Thursday, 17 September 2015

Perasmian Bilik Sumber PPDa & Pelancaran Buku Cenderamata PPDa

Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna untuk warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana kerana terlaksana dua agenda penting iaitu Perasmian Bilik Sumber PPDa dan Pelancaran Buku Cenderamata PPDa. Majlis Perasmian Bilik Sumber PPDa SKTPP telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Masrizal Bin Muhammad (Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia) manakala Majlis Pelancaran Buku Cenderamata telah disempurnakan oleh Ikon PPDa SKTP En. Mohd Amirullah Bin Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak.

Perasmian ini telah diadakan untuk menguar-uarkan penggunaan Bilik Sumber yang optimum kepada masyarakat setempat, menggalakkan penglibatan secara aktif semua warga sekolah dan ibu bapa untuk menambahbaik Bilik Sumber PPDa di sekolah serta melibatkan peranan ikon PPDa dalam menjayakan program PPDa.


Tetamu-tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis adalah :
  • Pn. Zaharah binti Abdullah (Penolong Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, JPN Selangor)
  • Pn. Farah Fadiah binti Mohd Nasir (Ketua Pegawai, Agensi Antidadah Kebangsaan, Daerah Sepang)
  • En. Zuhaimi bin Md. Nasir (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Sepang)
  • En. Rohaisyam bin Mohd Jombry (Penghulu Mukim Lanjut merangkap Setiausaha PEMADAM Daerah Sepang)
  • Tn. Hj. Khairul Azhar bin Muhammad Suffian (YDP PIBG SKTPP)
  • YM Tengku Norsyawaluddin bin Tengku Mamat (Naib YDP PIBG SKTPP)
  • Ketua-ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Ibu Pejabat Kastam Diraja
  • Pengetua, Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Sepang dan wakil
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr. Ahmad Masrizal, pegawai-pegawai dari JPS, PPD, AADK dan agensi-agensi kerajaan serta Guru Besar dan wakil dari sekolah-sekolah jemputan. Paling istimewa : setinggi-tinggi penghargaan buat Amir Raja Lawak - ikon PPPDa SKTPP. Semoga objektif kita tercapai hendaknya...

































HIDUP SIHAT TANPA DADAH

No comments:

Post a Comment