Thursday, 20 August 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 12)

Tajuk                                   :  Rokok Elektronik
Nama Sahabat PPDa          :  Yana bt Norazmi (6 Wira)
                                               Nurul Hanis Firzanah Mohd Yusof (3 Pediatrik)

Tarikh                                  :  20 Ogos 2015

Isi-isi info :

Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu.

Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga kini , sudah ramai yang telah mula menjual rokok ini terutama melalui internet dan secara terbuka

Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi 

- Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin.

-Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara.

- Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

- Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.


No comments:

Post a Comment