Monday 3 August 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 11)

Tajuk                                   :   Faedah tidak merokok
Nama Sahabat PPDa          :   Siti Nur Arfamisa bt Arfan ( 6 Viva)
                                                Nur Alin Syazani Mohd Radhi  (3 Respiratori)

Tarikh                                  :   3 Ogos  2015

Isi-isi info :

* Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
* Mengelakkan daripada bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
* Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik, strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
* Kehidupan yang lebih sihat
* Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain
* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak
* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
* Meningkatkan deria bau dan rasa
* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
* Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
* Menjimatkan wang
* Melindungi alam sekitar dari pencemaran asap rokok
* Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran

No comments:

Post a Comment