Monday 8 April 2019

Program 5 Minit Anti Dadah Kali Pertama 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah.. pada pagi ini SK Taman Putra Perdana dapat melaksanakan Program 5 Minit Anti Dadah untuk kali pertama tahun 2019. Program 5 Minit Anti Dadah bertujuan memberi pendedahan awal kepada semua murid tentang bahaya penyalahgunaan bahan terlarang. Sahabat PPDa memainkan peranan mereka dalam penyebaran untuk memerangi najis dadah. 

Semoga dengan adanya Program 5 Minit Anti Dadah, akan memartabatkan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan dapat memberi kesedaran awal penyalahgunaan dadah kepada semua murid SKTPP. 

Sahabat PPDa yang bertugas menjalankan Program 5 Minit Anti Dadah iaitu:

1. Adik Allysa Rizqin binti Ahmad Junaidi - 4 Intelek
2. Adik Nurin Aqeela binti Mohd Fadil - 4 Intelek

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Program 5 Minit Anti Dadah dijalankan: 

Adik Allysa Rizqin dan Adik Nurin Aqeela

Sahabat PPDa dari kelas 4 Intelek

Murid-murid melihat dan mendengar Program 5 Minit Anti Dadah

No comments:

Post a Comment