Wednesday 11 April 2018

Mesyuarat JKPD Bil. 1 / 2018

Selaku Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Sepang, Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali telah dijemput menghadiri Mesyuarat JKPD Bil. 1/2018 bertempat di Pejabat AADK Daerah Sepang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Tuan Shahrum bin Hj. Mohd. Sharif ini telah membincangkan program-program yang dirancang oleh JKPD pada tahun ini. Ketua AADK Daerah Sepang; Pn. Haslina binti Hashim telah membentangkan data-data dan pelbagai maklumat berkaitan Orang Kena Pengawasan (OKP) daerah serta program-program yang dirangka bagi tujuan membantu mereka.
   Semoga kerjasama dan keprihatinan semua lapisan masyarakat ini akan mengurangkan bilangan penagih dadah seterusnya memulihkan penagih-penagih yang telah dikenalpasti. Usaha-usaha pemulihan, penguatkuasaan serta pencegahan yang serius diharap dapat melahirkan generasi bebas dadah pada masa depan...








No comments:

Post a Comment