Tuesday 1 August 2017

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2018 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 1 Ogos 2017
Nama Sahabat PPDa

Zuhry Zayyan bin Zunaizan (4 Tabla)
Siti Zulaikha bt Mohd Zaizi (3 Vanadium)


TAJUK : DEFINISI HIV/AIDS
HIV ialah akronim kepada Human Immunodefiency Virus.  Ianya virus yang menyerang sistem pertahanan badan yang membuatkan merekayang dijangkitiHIV menjadi lemah dan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.

Pembawa HIV dipanggil People Living with HIV (PLHIV).  Apabila mereka dijangkiti penyakit-penyakit tertentu  maka mereka dipanggil mengidap AIDS.

AIDS adalah akronim kepada Acquired Immunodefiency Syndrome.  AIDS sering disalahfaham sebagai satu penyakit.  Hakikatnya TIDAK kerana AIDS merujuk kepada sekumpulan penyakit yang biasa dialami pembawa HIV.  Ianya dinamakan Jangkitan Opportunistik (JO).

JO merupakan jangkitan yang "mengambil kesempatan"  kerana kelemahan sistem daya tahan badan.  Ada lebih kurang 30 JO yang diklasifikasikan sebagai AIDS.

JO hanyalah merupakan penyakit biasa yang mungkin dihidapi oleh sesiapa sahaja tetapi kerana mereka bukan pembawa HIV maka mereka tidak dipanggil pesakit AIDS.

No comments:

Post a Comment