Tuesday 18 July 2017

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2018 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 18 Julai 2017
Nama Sahabat PPDa
Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (4 Tabla)
Asha Rania bt Sallehuddin (3 Vanadium)



TAJUK : INHALAN

Pengenalan
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap.  Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.

Jenis-jenis inhalan
Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.
Bahan gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.
Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.
Bahan Nitrit
Climax, poppers, rush, locker room

Cara Penggunaan : Menghidu
Ciri-ciri Penagih Inhalan : Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan kimia pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.

Kesan / Akibat Serta-merta : Berhalisinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria sakit, fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri.

Jangka panjang : Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan), oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan / buta, kerosakan organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.


No comments:

Post a Comment