Tuesday 20 June 2017

Anugerah Kepimpinan Pengurusan PPDa Terbaik Peringkat Negeri Selangor 2016 / 2017

Kemuncak perjuangan dan komitmen Guru Besar SKTPP bersama anak-anak buah, hari ini pihak JPN Selangor telah menganugerahkan Anugerah Kepimpinan Pengurusan PPDa Terbaik Negeri Selangor 2016 / 2017 kepada Pn. Rohaidah bt. Mohd. Ali. Syukur alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga buat JPS dan PPD atas penghargaan tersebut.
   Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor; Tn. Shashim Shah bin Haron semasa Majlis Anugerah PPDa Peringkat Negeri Selangor 2016 / 2017 di Management and Science University (MSU), Shah Alam. Majlis yang gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Hj. Noh bin Omar; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
   Setinggi-tinggi tahniah buat Guru Besar, guru-guru dan staf, murid-murid, YDP dan AJK PIBG, ibu bapa / penjaga serta seluruh warga sekolah atas pengiktirafan ini. Terima kasih juga buat rakan kongsi dan pihak-pihak komuniti yang banyak memberi sokongan seperti AADK, Pemadam, pihak polis, Jabatan Kesihatan, kastam, persatuan penduduk, Majlis Perbandaran Sepang dan banyak lagi. Semoga kolaborasi ini berterusan dan diberkati Yang Maha Esa demi kelestarian sebuah generasi bebas dadah dan DARVIH..
"SKTPP BENCI DARVIH"



















No comments:

Post a Comment