Monday 13 March 2017

Hebahan Visi dan Misi PPDa oleh Guru Besar

Guru Besar sentiasa menguar-uarkan visi dan misi PPDa sejak tahun 2014 lagi. Selain membaca bersama-sama murid, Guru Besar menghurai dan memperincikan setiap perkataan yang terkandung pada visi dan misi PPDa tersebut.
   Hari ini sekali lagi Guru Besar membuat hebahan visi misi PPDa semasa perhimpunan. Murid-murid yang tidak asing lagi dengan visi misi tersebut menjawab setiap soalan yang diaju oleh Guru Besar dengan lancar dan bersemangat. Guru Besar mengaitkan semangat ini dengan pelbagai kejayaan yang diperolehi oleh murid-murid dan warga sekolah mutakhir ini. Sesungguhnya kita cemerlang tanpa DARVIH. Teruskan kecemerlangan ini hingga ke puncak yang tertinggi dalam apa jua bidang. Syabas semua!




No comments:

Post a Comment