Monday 13 February 2017

Majlis Pelancaran PPDa dan Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa 2017

Tarikh : 13 Februari 2017
Masa : 8.00 – 9.00 pagi (sesi pagi) 
             1.40 – 2.30 petang (sesi petang)
Hari     :  Isnin
Tempat : Tapak Perhimpunan (sesi pagi)
                  Dewan Perdana SKTPP (sesi petang)

         Objektif Program :

v Menguar-uarkan program dan aktiviti PPDa kepada warga sekolah.
v Pengiktirafan kepada Sahabat PPDa sebagai agen benci DARVIH.
v Melaksanakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membasmi DARVIH.

Atur Cara Program :

          (Sesi pagi)

8.00 pagi : - Ucapan Pengerusi Majlis
                    - Ucapan Guru Besar
                  - Perutusan Hari Antidadah Kebangsaan
8.15 pagi : - Ucapan Perasmian Pelancaran PPDa SKTPP oleh Ketua Pegawai AADK Sepang.
                  - Gimik Pelancaran
8.30 pagi : - Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa
                  - Penyampaian Sijil Tokoh PPDa
9.00 pagi   - Bacaan ikrar Sahabat PPDa
                  - Penyampaian Cenderamata kepada Ketua Pegawai AADK Sepang
                  - Penyampaian Cenderamata kepada Penyelia PPD Sepang.

        
(Sesi petang)

1.40 ptg  : - Ucapan Pengerusi Majlis
                 - Perutusan Hari Antidadah Kebangsaan
2.00 ptg  : - Ucapan Perasmian Pelancaran PPDa SKTPP oleh PK Petang
                 - Gimik Pelancaran
2.20 ptg  : - Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa
             - Bacaan ikrar Sahabat PPDa

Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai AADK Sepang, Puan Farrah Fadiah bt Mohamad Nasir. Tetamu-tetamu lain yang turut dijemput ialah Penolong Pegawai AADK  Daerah Sepang, Puan Cik CT Ashlida bt Che Mat Razali dan Penyelia Pendidikan Swasta PPD Sepang, Puan Noranismawati bt Mohd Faudzi. 
Setelah selesai Majlis Pelancaran PPDa yang begitu meriah, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa telah berlangsung dengan jayanya di mana seramai 42 orang pelajar tahap 2 dan 9 orang pelajar tahap 1 telah dilantik sebagai Sahabat PPDa. Sahabat PPDa ini diwujudkan sebagai Agen Benci DARVIH yang dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan program-program PPDa sepanjang tahun.
Para tetamu telah membuat lawatan ke Bilik Sumber PPDa sekolah setelah selesai Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa. Majlis yang sama juga telah diadakan sebelah petang di mana Guru Penolong Kanan Petang; Pn. Jumilah bt. Ahmad telah menyempurnakan Majlis Pelancaran tersebut dan menyampaikan watikah pelantikan kepada Sahabat-Sahabat PPDa.
Secara ringkasnya, Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan agenda penting sekolah untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan kesedaran kepada seluruh warga SKTPP agar mereka menjauhi dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan, dan HIV/AIDS serta berupaya menentang ancaman dadah sebagaimana visi PPDa : Sekolah Bebas Dadah. SKTPP BENCI DARVIH!!!

Majlis Pelancaran PPDa dan 
Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa 2017 
( Sesi pagi ) 













Majlis Pelancaran PPDa dan 
Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa 2017 
( Sesi petang ) 


No comments:

Post a Comment