Wednesday 18 January 2017

Mesyuarat JK Induk PPDa Bil 1/2017

Alhamdulillah....Selesai sudah hari ini mesyuarat Jawatankuasa Induk bersama agensi luar. Sokongan padu awal tahun 2017 memberi semangat baru apabila semua JK Induk yang dijemput telah hadir bersama. Lebih teruja apabila mereka datang bukan seorang tetapi bersama rakan sejawat.

Jutaan terima kasih kepada wakil agensi yang hadir dan terima kasih juga kepada Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG) dan En Zulfikri b Abu Samian (PKD, PPD Sepang) yang sentiasa komited bersama-sama SKTPP dalam menjayakan visi & misi PPDa.

Semoga silaturrahim yang terjalin antara SKTPP bersama pihak PDRM, JKDM, AADK, PEMADAM, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang, Syarikat Kawalan Keselamatan & Syarikat Pembersihan membawa kepada misi yang sama iaitu melahirkan generasi yang sihat bebas daripada DARVIH.

Barisan Jawatankuasa Induk PPDa
Suasana semasa mesyuarat dijalankan





Sesi Bergambar


Lawatan ke Bilik Sumber PPDa

"1Malaysia Membanteras Dadah"

No comments:

Post a Comment