Tuesday 26 January 2016

Mesyuarat AJK Induk PPDa 1 / 2016

Alhamdulillah selesai Mesyuarat AJK Induk PPDa kali pertama tahun 2016 di celah-celah kesibukan semua pihak. Terima kasih khasnya diucapkan kepada Pn. Farrah Fadhiah Ketua Pegawai AADK Sepang bersama pegawainya, Pn. Cik CT Ashlida atas kesudian hadir dalam mesyuarat ini. Terima kasih juga buat YDP dan Naib YDP PIBG serta wakil-wakil Syarikat Aqam Maju dan Naim. Wakil-wakil komuniti yang lain tidak dapat bersama dalam mesyuarat kali ini disebabkan halangan kesibukan dan masalah kesihatan. Semoga ada kesempatan di lain masa.
   Mesyuarat ini bukti permuafakatan yang jitu antara pihak sekolah dan agensi serta komuniti setempat dalam merancang dan melaksanakan gerak kerja ke arah membanteras dadah. Ini selari dengan perancangan program PPDa sekolah. Semoga kolaborasi ini akan menghasilkan impak positif dalam usaha melahirkan modal insan bakal generasi masa depan yang bebas DARIH.
   Selesai mesyuarat, ahli mesyuarat bergambar ramai dan membuat lawatan ke Bilik Sumber PPDa SKTPP...










No comments:

Post a Comment