Thursday, 21 May 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 6)

Tajuk                                   :   Faktor-faktor yang mendorong pengambilan alkohol
Nama Sahabat PPDa          :   Syamimi Faqihah Bt Harun ( 6 Wira)
                                                Nurin Afrina Mohd Ridzwan (3 Surgeri )
Tarikh                                  :   21 Mei  2015

Isi-isi info :


 Faktor-faktor yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan alkohol termasuklah :

i.    Mudah diperolehi :
Fenomena penjualan alkohol di berbagai kemudahan (outlet) saperti di kedai runcit, kedai kopi, pasar raya dan lain-lain lagi memudahkan kaum remaja memperolehi minuman beralkohol ini. Tambahan pula tiada undang-undang semasa yang melarang kaum remaja bukan Islam dari membeli minuman beralkohol.

ii. Pengiklanan
Iklan minuman beralkohol sering didapati di surat khabar, majalah, pawagam, dan lain-lain media yang memaparkan keghairahan dan kecanggihan gaya hidup yang dikaitkan dengan pengambilan minuman beralkohol.

iii. Pengaruh rakan sebaya
Kebanyakan masa keremajaan dihabiskan bersama rakan-rakan sebaya. Pergaulan yang bebas ini boleh mendorong kaum remaja untuk mencuba sesuatu dalam kumpulan seperti pengambilan alkohol, rokok, dadah, dan pelbagai tingkah laku devian, yang boleh memudaratkan mereka.

iv.  Mencontohi ibu, bapa dan ahli keluarga
Sesetengah keluarga memberi teladan yang negatif terhadap remaja. Kemungkinan ibu bapa atau ahli keluarga menagih alkohol dan ini akan memberi kesan yang amat mendalam serta mempengaruhi remaja untuk mengamalkan tabiat ini.

v. Mencontohi Idola

Kebanyakan remaja mempunyai idola saperti penyanyi pop dan artis yang akan menjadi tauladan atau ikutan mereka. Jika sekiranya idola ini suka mengambil alkohol ia akan menjadi ikutan dan mendorong para remaja tersebut untuk mengambil alkohol.

No comments:

Post a Comment