Wednesday 1 October 2014

Sijil Penghargaan IPD Sepang

Bilik Sumber PPDa SKTPP telah menerima pengiktirafan daripada pihak Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sepang hari ini di mana pihak sekolah telah menerima Sijil Penghargaan melalui Sarjan Shawal. Terima kasih atas pengiktirafan tersebut. Semoga Bilik Sumber PPDa sekolah kami ini dapat melaksanakan sepenuhnya fungsi sebagai hentian setempat yang mengandungi maklumat berkaitan dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV / Aids (DARIH) seterusnya mempengaruhi para pelawat khususnya anak-anak murid kami untuk terus membenci dadah serta menjauhkan diri daripada DARIH.
   Majlis penyerahan oleh Sarjan Shawal kepada GB SKTPP; Pn. Rohaidah telah diadakan di SK Kota Warisan ketika kedua-dua pihak berada di SKKW sebagai tanda sokongan terhadap SKKW yang dinilai dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan. Selamat Maju Jaya buat SKKW dan terima kasih buat IPD. Semoga kolaborasi ini akan berterusan pada masa depan demi menjayakan hasrat untuk membanteras DARIH dan jenayah-jenayah lain yang berleluasa dewasa ini.


GB menerima sijil penghargaan Bilik Sumber PPDa daripada Sarjan Shawal

Sijil yang membuktikan hubungan dua hala yang serius antara dua pihak dalam membanteras DARIH

No comments:

Post a Comment