Tuesday 29 April 2014

PPDa @ Lawatan Universiti Thornbury, Bangkok Thailand

Pada hari ini, SKTPP telah menerima kunjungan seramai 20 orang pelajar dari Universiti Thornbury, Bangkok Thailand yang mengambil bidang Pengurusan Sarjana Pendidikan. Lawatan ini bertujuan untuk melihat corak pendidikan di Malaysia. Mengambil kesempatan ini, pihak sekolah bersama Sahabat PPDa telah mewar-warkan mesej "Benci Dadah" kami kepada para pelawat. Wakil universiti tersebut juga telah ditemubual berkaitan isu dan gejala dadah yang menjadi tajuk hangat di seluruh dunia.

Wajah-wajah ceria guru menanti ketibaan pelawat
Berpeluang bergambar bersama Sahabat PPDa dan peserta paluan kompang
Bergambar bersama peserta program
Mengiringi kehadiran pelawat melalui Laluan Patriotik 
Diiring ke Dewan Perdana untuk menyaksikan persembahan murid
Penyerahan penanda buku "Kami Benci Dadah" oleh Sahabat PPDa
Kenangan bersama peserta lawatan
Lagi laporan bergambar berkaitan lawatan tersebut dalam blog SKTPP di sini.

No comments:

Post a Comment