06 Mac 2021 💨 Sabtu 💨 Medium google meet 💨 9.15 pagi - 1.15 petang
Perkongsian ilmu berkaitan ilmu sukarelawan dan bagaimana menarik seseorang ke arah kebaikan hari ini bersama-sama AADK, PEWARIS & Cgu Jinggo sangat bermakna untuk guru-guru daerah Sepang terutamanya diri saya sendiri.
"Dunia tidak bertanya dari mana kita bermula, tetapi dunia hanya melihat keputusan". Itulah yang sering disebut-sebut oleh Cgu Jinggo. Saya mengakuinya!! Generasi sekarang amat fragile. Sebagai ibu bapa kita tidak boleh membunuh potensi mereka dengan cara membanding-banding.
65% mereka di luar sana terlibat dengan dadah adalah berpunca daripada keluarga. Oleh itu, Lebih Baik Cegah! Terima seadanya, jangan biarkan Lost Child. Duduk di rumah tetapi masa anak-anak lebih kepada teknologi, idola, rakan sebaya. Keluarga adalah yang terakhir dalam hidup mereka. Ayuh, kita sama-sama bantu dalam membentuk generasi cemerlang.
 |
Pengacara majlis, Puan Norhidayu daripada AADK Sepang |
 |
Penerangan tentang latar belakang AADK |
 |
SKUAD merupakan entiti sukarelawan AADK. Semua yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sebagai SKUAD AADK |
 |
AADK mempunyai 3 unit iaitu rawatan, pencegahan dan penguatkuasaan |
 |
Penerangan mengenai 3 unit ini |
 |
Perkongsian bersama Kapten Bersekutu Nurhafizah Muhammad daripada PEWARIS |
 |
Perkongsian bersama Cgu Jinggo @ Harun Abu Bakar |
 |
Ucapan daripada Dr Nazira bt Sadiron (Pengarah AADK Negeri Selangor) |
 |
Majlis diakhiri ucapan ringkas oleh Pn. Haslina bt Hashim (Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang) |
 |
Sebahagian daripada 53 peserta hari ini |
"LEBIH BAIK CEGAH"