▼
Friday, 23 December 2016
Thursday, 22 December 2016
Majlis Tautan Kasih MGB Sepang
Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Sepang telah menganjurkan Majlis Tautan Kasih dan Jamuan Akhir Tahun 2016 di PICC. Majlis ini diadakan bagi meraikan Guru-Guru Besar yang bersara dan bertukar ke luar daerah. Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Khairi bin Bidin turut hadir memeriahkan majlis bersama pegawai-pegawai PPD; En. Zuhaimi dan En. Faizam.
Terima kasih buat Tn. KPPD, pegawai-pegawai PPD dan GB-GB Daerah Sepang atas sokongan dan solidariti terhadap program PPDa SKTPP.
"Daerah Sepang Cemerlang Tanpa DARVIH"

PPD Sepang Benci DARVIH
Thursday, 8 December 2016
Kejohanan Kriket Guru-Guru Malaysia
Hari ini berlangsung Kejohanan Kriket Guru-Guru Malaysia antara negeri-negeri. Kejohanan akan berlangsung sehingga Ahad 11.12.2016 di Kinrara. Game hari ini Selangor menang vs Kedah 158 berbalas 84. Tahniah!
Kriket Teachers Cup Benci DARVIH
Semasa Selangor menentang Pahang
Selangor mendapat tempat ke-4, kalah kepada Johor.
Tahniah!!
Sunday, 27 November 2016
Program "Menerangi Jalanmu"
Pada 26 November 2016 (Sabtu), Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) AADK Sepang telah menganjurkan program menyantuni gelandangan iaitu Program "Menerangi Jalanmu" di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah bt. Mohd. Ali selaku ahli JKPD Sepang telah berkesempatan menyertai program tersebut bersama Pn. Rosmah bt. Jamat (PK HEM), Pn. Noor Hayati bt. Yusof, En. Mohd. Rusydan b. Ismail dan En. Ahmad Musrizuan b. Daud.
Berkumpul di pejabat AADK Sepang seawal jam 6.00 petang, peserta program kemudian bertolak ke pejabat Cure and Care Service Centre (CCSC) di Chow Kit. Kami diberi taklimat oleh Ketua Pegawai CCSC tersebut. Banyak info diperolehi berkaitan fungsi dan peranan CCSC dalam membantu golongan gelandangan dan penagih dadah serta orang-orang yang kurang bernasib baik di situ.
Kumpulan kami yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan AADK, JKPD, NGO serta OKP (Orang Kena Pengawasan) Sepang bergabung dengan peserta "Program Outreaching; Kami Prihatin" JKPD AADK Dang Wangi. Turut hadir ialah Pengerusi JKPD Sepang; YB Tuan Shahrum b. Sharif dan Pengerusi JKPD Dang Wangi; En. Zed Zaidi. Wartawan RTM1 juga turut serta dalam ekspedisi tersebut untuk Rancangan Selamat Pagi Malaysia nanti.
Objektif program adalah seperti berikut :
1) Memberi pendedahan kepada semua peserta untuk melihat sendiri kehidupan sebenar golongan gelandangan dan penagih dadah yang kurang bernasib baik dan juga kalangan remaja bawah umur yang berkeliaran.
2) Melatih dan mendidik semua peserta mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara dengan membantu golongan gelandangan dan penagih dadah ini untuk kembali kepada kehidupan normal agar tidak terlibat dalam gejala sosial negatif.
3) Menghakis stigma negatif semua peserta terhadap golongan ini dengan kaedah berusaha untuk memahami masalah yang dihadapi oleh kumpulan gelandangan.
4) Menggembirakan golongan yang kurang bernasib baik dengan aktiviti yang menceriakan mereka agar kita sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T atas segala nikmat kurniaanNya.
Pengalaman menyelusuri jalan dan lorong-lorong gelap di Chow Kit sangat berharga lagi menginsafkan. Golongan gelandangan ini ibarat satu komuniti tersendiri yang punya pelbagai kisah di sebalik nasib mereka. Hasil temu bual ringkas bersama mereka timbul berbagai-bagai perasaan yang mengharukan kami. Semoga mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan umur, lelaki dan perempuan ini dapat menjalani hidup seharian dengan selamat. Didoakan anak-anak kecil dan remaja keluarga gelandangan tersebut dapat segera keluar dari kedaifan hidup demi masa depan mereka. Meski keceriaan jelas terpampang di wajah mereka namun hanya Tuhan saja yang tahu apa yang mereka rasai. Semoga mereka dan anak-anak mereka mendapat pendidikan, perlindungan, kasih sayang, makanan dan segala aspek yang sewajarnya menjadi hak mereka.
Kepada pihak AADK dan pegawai-pegawai CCSC khususnya, setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas khidmat bakti yang diberikan kepada golongan gelandangan, penagih dadah, pekerja seks, Mak Nyah, anak-anak terbiar ini. Segala perkhidmatan, makanan dan tempat rehat yang disediakan di CCSC ini sedikit sebanyak telah mengurangkan beban mereka di samping memberikan keceriaan kepada kehidupan mereka yang begitu gelap gelita. Sungguh mulia tugas kalian. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Semoga kerajaan dapat menambahkan lagi bilangan pusat-pusat perlindungan seumpama ini pada masa depan kerana ia terbukti dapat mengurangkan kadar jenayah dan yang paling penting dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik ini untuk kembali kepada kehidupan normal...
Lagi laporan dalam blog sekolah di sini.

Zaed Zaidi, YB Shahrum dan warga SKTPP Benci DARVIH
Kami Benci DARVIH
Terima kasih AADK
Wednesday, 23 November 2016
Friday, 4 November 2016
Kejohanan Bola Sepak PPDa
Kejohanan Bola Sepak PPDa telah diadakan pada hari Jumaat, 4 November 2016 di padang SK Taman Putra Perdana. Pasukan-pasukan yang telah menyertai kejohanan tersebut ialah:
Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:
Johan - SKTPP2
Naib Johan - SKTPP A
Ketiga Bersama : SK Dengkil dan SK Pulau Meranti
Saguhati : Team U11 dan SKTPP B
Tahniah dan terima kasih buat semua peserta kejohanan ini.
"Cergas & Cerdas Tanpa DARVIH"
Disediakan oleh:
Siti Maziah
- SK Taman Putra Perdana 2
- SK Pulau Meranti
- SK Dengkil
- Team Bawah 11 Sepang
- SK Taman Putra Perdana - 2 pasukan
Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:
Johan - SKTPP2
Naib Johan - SKTPP A
Ketiga Bersama : SK Dengkil dan SK Pulau Meranti
Saguhati : Team U11 dan SKTPP B
Tahniah dan terima kasih buat semua peserta kejohanan ini.
Banner kejohanan
Buku program |
Pendaftaran peserta |
Kejohanan bola sepak sedang berlangsung |
Hadiah, medal dan sijil buat pemenang, pengadil dan guru pengiring |
Thursday, 3 November 2016
Majlis Apresiasi Daerah Sepang 2016
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan dan Anugerah Kokurikulum Daerah Sepang 2016 telah diadakan di SJKC Sin Ming pada 3 November 2016 (sila klik di sini). Tahniah buat warga SKTPP kerana telah merangkul 9 anugerah meliputi pengurusan, Hal Ehwal Murid serta kokurikulum dan sukan. Antaranya termasuklah:
♡ Anugerah Kecemerlangan PPDa, dan
♡ Johan Best Practices Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) bertajuk "Gempur DARVIH" (sila klik di sini).
Tahniah buat semua penerima anugerah dan seluruh warga SKTPP!
Sesungguhnya kejayaan ini telah membuktikan keterlibatan PPDa tidak menghalang warga sekolah untuk berjaya dalam bidang-bidang lain juga. Sebaliknya kecemerlangan PPDa akan memangkin kegemilangan dalam bidang kokurikulum, akademik dan sahsiah murid serta pengurusan sekolah. Syabas SKTPP! Teruskan memartabatkan semangag Benci DARVIH walau di mana jua kita berada.
Terima kasih PPD atas penganugerahan ini dan tahniah buat semua..