En Zulkifli b Abd Rahman, Pengurus Keselamatan bersama tenaga pekerja Kenyir Elephant Village menyokong SKTPP Benci Dadah
▼
Saturday, 26 September 2015
Tuesday, 22 September 2015
Terima kasih Amir
Ikon PPDa SKTPP - Amir Raja Lawak telah menjalankan tugas menghebahkan program PPDa kami di instagram. Tqvm Amir...
Saturday, 19 September 2015
Klinik Bolasepak Cergas Tanpa DARIH
Cergas Tanpa DARIH - demikianlah tema klinik bolasepak anjuran KRT Cluster 3, Taman Putra Perdana bersama SKTPP. Klinik ini memberi manifestasi bahawa anak-anak tanpa DARIH sentiasa cergas dalam semua bidang termasuk sukan bola sepak. Tahniah kepada anak-anak murid yang terpilih untuk menghadiri klinik ini dan mendapat tunjuk ajar daripada para jurulatih yang sangat profesional. Terima kasih buat semua coaches. Jom tengok betapa sportingnya semua termasuk para jurulatih dalam melebarkan slogan Kami Benci DARIH!
Lagi laporan program yang sama dalam blog SKTPP di sini.
Para peserta mendaftarkan nama
Lagi laporan program yang sama dalam blog SKTPP di sini.
PPDa @ Asia-Pasific Economic Cooperation (APEC)
Delegasi Kastam Malaysia telah ke Hangzhou China pada 16 - 18 September 2015 untuk menghadiri APEC Workshop on Customs Control Cross-border E-Commerce.
Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 21 negara antaranya ialah Australia, Brunei, Hong Kong, Indonesia, Japan, South Korea, New Zealand, Thailand, Singapura, Papua New Guinea dan Kanada.
Wakil Kastam Malaysia tidak ketinggalan untuk mempromosi kempen Benci Dadah di sana. Berikut paparan tagline Kastam Malaysia bersama wakil daripada Australia dan Singapura.
Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 21 negara antaranya ialah Australia, Brunei, Hong Kong, Indonesia, Japan, South Korea, New Zealand, Thailand, Singapura, Papua New Guinea dan Kanada.
Wakil Kastam Malaysia tidak ketinggalan untuk mempromosi kempen Benci Dadah di sana. Berikut paparan tagline Kastam Malaysia bersama wakil daripada Australia dan Singapura.
Wakil Malaysia, Tuan Ahmad Fadhlan bin Razali, Penolong Pengarah Kastam & Tuan Sazuari bin Adnan, Penguasa Kastam bersama-sama Mr. Craig Schenk, Customs Conselor of Australian Embassy in China & Mr Victor Chia, Deputy Head of Risk Assessment Branch, Singapore Customs dalam kempen Benci Dadah.
Thursday, 17 September 2015
Perasmian Bilik Sumber PPDa & Pelancaran Buku Cenderamata PPDa
Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna untuk warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana kerana terlaksana dua agenda penting iaitu Perasmian Bilik Sumber PPDa dan Pelancaran Buku Cenderamata PPDa. Majlis Perasmian Bilik Sumber PPDa SKTPP telah
disempurnakan oleh Dr. Ahmad Masrizal Bin Muhammad (Setiausaha Politik kepada
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia) manakala Majlis Pelancaran Buku Cenderamata telah disempurnakan
oleh Ikon PPDa SKTP En. Mohd Amirullah Bin Azmi atau lebih dikenali sebagai
Amir Raja Lawak.
Perasmian ini telah diadakan untuk menguar-uarkan penggunaan Bilik Sumber yang optimum kepada
masyarakat setempat, menggalakkan penglibatan secara aktif semua warga sekolah
dan ibu bapa untuk menambahbaik Bilik Sumber PPDa di sekolah serta melibatkan peranan
ikon PPDa dalam menjayakan program PPDa.
Tetamu-tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis adalah :
- Pn. Zaharah binti Abdullah (Penolong Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, JPN Selangor)
- Pn. Farah Fadiah binti Mohd Nasir (Ketua Pegawai, Agensi Antidadah Kebangsaan, Daerah Sepang)
- En. Zuhaimi bin Md. Nasir (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Sepang)
- En. Rohaisyam bin Mohd Jombry (Penghulu Mukim Lanjut merangkap Setiausaha PEMADAM Daerah Sepang)
- Tn. Hj. Khairul Azhar bin Muhammad Suffian (YDP PIBG SKTPP)
- YM Tengku Norsyawaluddin bin Tengku Mamat (Naib YDP PIBG SKTPP)
- Ketua-ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Ibu Pejabat Kastam Diraja
- Pengetua, Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Sepang dan wakil