Sunday 31 July 2016

Community Service : Mural Painting TOA

Sebagai meneruskan usaha melukis mural PPDa dan menyudahkan lukisan yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar sebelumnya, seramai 15 orang pelajar The One Academy (TOA), Bandar Sunway telah hadir ke SKTPP pada 29 dan 31 Julai 2016. Terima kasih banyak atas khidmat komuniti yang diberi. Semakin meriah keceriaan sekolah kami dan semakin berkesan impak yang dihasilkan baik dari segi imej sekolah maupun kesan halo PPDa. Semoga kolaborasi antara sekolah dan TOA dapat diteruskan pada masa depan...





















Thursday 28 July 2016

Berita Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" SKTPP

Menjelang tarikh yang dinanti-nantikan, kempen dan publisiti program induk PPDa tahun ini iaitu Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" semakin rancak dilakukan. Antaranya hebahan melalui akhbar Sinar Harian di sini...
Terima kasih atas penglibatan dan kerjasama semua. Jom CergasTanpa DARVIH..

Wednesday 27 July 2016

Think Tank Larian Berbincang

Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" semakin hampir. Perbincangan berkaitan perkembangan program seperti pendaftaran peserta, kutipan wang, tempahan t-shirt, sijil, hadiah dan lain-lain lagi semakin rancak. Ketua-ketua AJK sering bertemu sesama sendiri maupun di pejabat GB untuk melapor, berbincang dan menyelaraskan tindakan bagi memastikan kelancaran urusan.
   Alhamdulillah sambutan semakin menggalakkan akhir-akhir ini. Tarikh tutup terpaksa dianjakkan lagi demi memberi peluang lebih ramai penyertaan. Diharapkan selain memastikan sambutan yang hangat dari orang ramai, apa yang penting diharap kutipan dapat 'balik modal'. Bahkan diharapkan lebih banyak pulangan dapat diterima bagi memenuhi objektif program iaitu untuk mencari dana bagi menampung program PPDa dan menaiktaraf Bilik Sumber PPDa SKTPP. Doa agar segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Amiinn..


 Menyerahkan sumbangan KKGK SKTPP kepada Bendahari larian sebagai bayaran t-shirt guru


Tuesday 19 July 2016

Perjumpaan dengan Tn. Hj. Helmy

Dalam usaha memohon sumbangan untuk program Larian Amal Cergas Tanpa DARVIH SKTPP 2016, pihak sekolah dan PIBG telah menulis surat kepada banyak pihak memohon sumbangan dan penyertaan. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Helmy bin Arshad, YDP PIBG SK Taman Seroja merangkap Pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Parlimen Sepang yang sudi turun padang hadir sendiri ke SKTPP bagi menerima surat tersebut. Semoga mendapat pertimbangan khas dari tuan haji untuk membantu kami bagi menampung kos penganjuran larian ini. Kerjasama tuan haji amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih..


Naib YDP PIBG YM Tengku Norsyawalludin, GB Pn. Rohaidah, GP Kokurikulum En. Shahrizal bersama Tn. Hj. Helmy Arshad

Mesyuarat AJK Larian Amal Bil. 4

Mesyuarat AJK Larian Amal Cergas Tanpa DARVIH bil. 4 telah diadakan hari ini. Turut hadir; Pengurus Program YM Tengku Norsyawalludin b. Tengku Mamat yang juga merupakan Naib YDP PIBG SKTPP.
   Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa bilangan penyertaan Larian telah bertambah berbanding sebelum ini. Semoga lebih ramai yang akan menyertai acara larian kami ini baik kategori terbuka, fun run maupun murid sekolah rendah dan menengah. Semoga usaha ini mendapat sokongan semua pihak. Terima kasih..



Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
I.   Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii.  Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.
Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARIH.
Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.
Laporan 5 Minit Anti Dadah
Tarikh : 19 Julai 2016
Nama Sahabat PPDa
Nurul Izzati binti Rosdi (5 Utarid)
Nurin Irdina binti Fadir (3 Rebana)

TAJUK: CARA BERHENTI MEROKOK

Langkah-langkah berikut boleh membantu anda memulakan penghidupan baru sebagai seorang bukan perokok.

Langkah 1
BERSIHKAN
Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja.

Langkah 2
BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKKAN
Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok.

Langkah 3
LAKUKAN SAHAJA
Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara " cold turkey ". Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok.

Langkah 4
TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI.
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.
Langkah 5
BERFIKIRLAH SECARA POSITIF.
Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Langkah 6
DAPATKANLAH SOKONGAN.
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.

Langkah 7
MELAWAN KEINGINAN MEROKOK.
Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiapkali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok.





Nurul Izzati binti Rosdi


Wednesday 13 July 2016

Perbincangan dengan Pegawai Khas Dato' Mohd Nazifuddin

Perbincangan bersama pegawai-pegawai khas Y.Bhg. Dato' Mohd. Nazifuddin bin Dato' Sri Mohd. Najib (Presiden Youth On Unity - YOU) mohon bantuan penyertaan dan kewangan untuk menganjurkan Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" diikuti lawatan ke Bilik Sumber PPDa. Semoga ada rezeki kita...


En. Rahim dan Mohd. Faiz bersemangat membantu






Lawatan ke Bilik Sumber PPDa

NYDP PIBG; En. Syawal menyampaikan ole-ole buat En. Rahim

Terima kasih atas sokongan & bantuan

Monday 4 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua warga PPDa SKTPP. Marilah kita menghulurkan salam mohon diampun segala kesalahan dan keterlanjuran. Semoga Hari Raya kali ini lebih bermakna dalam mengeratkan silaturrahim sesama kita. Jauhi DARVIH Hidup Sejahtera..



Saturday 2 July 2016

PPDa @ Menjelang Hari Raya

Sempena hari baik bulan baik yang bakal menjelma, guru-guru ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada murid-murid, ibu bapa dan semua pihak. Marilah kita menyambut hari lebaran ini dengan penuh keinsafan dan iltizam untuk membanteras najis dadah dan DARVIH yang merupakan musuh utama negara..