Sunday 29 June 2014

Selamat Berpuasa


PPDa @ Sukan Tahunan

Tema Sukan Tahunan SKTPP kali ke-11 tahun ini selain daripada World Cup ialah PPDa. Ini selaras dengan visi dan misi PPDa kami untuk menerapkan makumat, hebahan dan sebaran mengenai bahaya dadah kepada warga sekolah...

Tema sukan - Bebas Dadah Badan Cergas
 Selepas gimik pelancaran
Lagi gimik pelancaran
Guru-guru AJK p.a system
Juruacara dan statistik
Di khemah sukan
VIP memeriksa khemah rumah sukan
 Urusetia pertandingan
 Wakil guru acara tarik tali
Bersama pengurus - Pn. Rosmah
Murid-murid seronok bermain air sambil menunjukkan isyarat Benci Dadah

Laporan lanjut sukan sekolah dalam blog SKTPP di sini, blog GB di sini dan blog PIBG di sini.

Friday 27 June 2014

Mesyuarat Penyelarasan AADK

Sebagai ahli komuniti, Guru Besar SKTPP telah dijemput menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program AADK Bersama Komuniti dan Rakan Strategik bertempat di Dewan Serbaguna Pangsapuri Kenanga, Taman Putra Perdana pada hari Jumaat 27.6.2014. GB hadir bersama GPK HEM; Pn. Jamilah dan guru Kaunseling merangkap Setiausaha PPDa; Pn. Rozimah. Walaupun diadakan pada pukul 9.00 malam dan berakhir hampir 12.00 tengah malam, namun penyertaan dalam kalangan masyarakat agak menggalakkan. Turut hadir bersama ialah Pegawai PPDa PPD Sepang; En. Zulfikri yang menyampaikan data strategik dadah sekolah menengah Taman Putra Perdana. Manakala Guru Besar SK Taman Putra Perdana; Pn. Rohaidah menyampaikan data mengenai dadah serta DARIH sekolah rendah.
   Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Perpaduan Daerah Sepang; Pn, Sheela Suresh Kee. Seterusnya Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang; En. Izzahid menyampaikan maksud mesyuarat dengan pembentangan profiling oleh pegawai AADK; Pn. Fuziana. Selain laporan dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, majlis turut mendengar data-data sokongan dan program dari IPD, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Sepang, NGO serta persatuan-persatuan penduduk sekitar Taman Putra Perdana.
   Selepas sesi dialog, ahli-ahli mesyuarat yang tinggal telah menjalankan tanggungjawab membuat pemilihan Jawatankuasa Tindakan Antidadah. Tahniah buat Pengerusi - En. Idham dan Naib Pengerusi - En. Muhaini yang telah terpilih. Diharapkan usaha-usaha sukarela tuan-tuan berserta AJK lain akan mengurangkan gejala dadah di Taman Putra Perdana ini. Pihak sekolah akan sentiasa menghulurkan bantuan setakat yang boleh. Semoga program-program PPDa sekolah kami akan lebih mudah dan lancar hasil sokongan jawatankuasa yang baru ditubuh ini bersama AADK...

Agenda mesyuarat
Kata-kata aluan Pegawai Perpaduan Daerah Sepang - Pn. Sheela
GB - Pn. Rohaidah, Pn. Rozimah dan Pn. Jamilah
Kata-kata aluan dari Pegawai AADK Daerah Sepang - En. Izzahid
Pembentangan profiling oleh AADK
Ada gambar murid dan guru SKTPP melawat pameran bas bergerak AADK tempoh hari
(sila klik di sini)
Pegawai PPDa PPD Sepang - En. Zulfikri membentangkan data sekolah menengah
GB SKTPP memperkenalkan diri seterusnya membentangkan data sekolah rendah serta program-program PPDa yang telah dan akan diadakan oleh SKTPP
Wakil-wakil pejabat kerajaan, NGO dan persatuan penduduk membentangkan maklumat masing-masing
Pengerusi Pemadam - En. Azaazrin menyampaikan ucapan
Ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Antidadah TPP yang baru dilantik - En. Idham
Kami Benci Dadah
Antara penggerak program antidadah Taman Putra Perdana

Apa ada dalam rokok?

Setiap batang rokok yang dihisap mengandungi racun yang amat berbahaya..

Segeralah berhenti merokok!

PPDa @ Sukaneka

Laporan lanjut Sukaneka di sini..

Wednesday 25 June 2014

Tuesday 24 June 2014

PPDa @ Taklimat Sukan

Jom tengok gelagat Ustaz Zunaidi yang bersemangat dengan perasaan Benci Dadahnya semasa taklimat Sukan (sila klik di sini)

Guru-guru lain serius mendengar taklimat

PPDa @ MOF

Terima kasih banyak buat Kementerian Kewangan atas sumbangan komputer terpakai yang masih elok kepada pihak sekolah...

Simbol Benci Dadah berkumandang di MOF

Laporan lanjut sila ikuti di sini

Saturday 21 June 2014

Mural PPDa Bilik Guru

Group Ustazah Faridatul Akma, Ustazah Azah, Musaliha, Ustazah Fadilah dan Ustazah Norziani sedang menyiapkan mural PPDa di dinding Bilik Guru sebagai hebahan terbaharu...

Syukran ya ustazah